Showing posts with label 1 Malaysia. Show all posts
Showing posts with label 1 Malaysia. Show all posts

19 May 2012

3 Perbezaan MEKANIK & DOKTOR BEDAH

Assalamualaikum..
korang tau apa beza Mekanik & Doktor Bedah??

Jawapan standard :
mekanik keje kt bengkel..doktor keje kt hospital..
mekanik bekerja kotor penuh minyak...doktor keje kotor penuh darah..
mekanik x yah belajar smpai degree..doktor kene smpai luar negeri~ 

hahaha..jawapan2 standard yang bermain di fikiran kita termasuk jgk aq..
tapi ada 1 jawapan yang aq terkedu bila membacanya..
aq jumpe ni kat dalam forum GEMPAK.ORG
ni link dye : Forum

jawapannya diceritakan dalam bentuk situasi~

<---------------------------------------------------------->
Pada suatu hari, seorang doktor pakar bedah jantung yang terkenal membawa keretanya ke bengkel kereta untuk dibaiki.

Mekanik membuka injin kereta, mengeluarkan beberapa alat yang perlu diganti dan memperbaiki apa yang perlu dibaiki.

Sambil menjalankan kerjanya, mekanik mencondongkan badannya ke arah doktor yang sedang memerhatikannya seraya berkata, “tuan doktor, boleh saya tanya satu soalan?”

Dengan perasaan agak ragu-ragu, doktor menjawab, “silakan, tanyalah!”

Mekanik berkata, “tuan melakukan pembedahan ke atas jantung manusia, manakala saya melakukan pembedahan ke atas jantung kereta, memperbaiki dan membetulkan yang rosak, samalah dengan apa yang tuan lakukan. Tapi kenapa tuan dapat upah yg banyak sedangkan saya dapat upah jauh lebih sedikit daripada upah yang tuan dapat?”

Pakar bedah menghampiri mekanik lalu dengan tenang membisikkan ke telinganya, “kalau kamu benar-benar hebat, cuba baiki kereta itu tanpa mematikan injinnya!”
<---------------------------------------------------------->

apa yang korang dapat dari situasi di atas? :)
haha..
Selamat Malam !

14 June 2011

0 Proxy oh proxy

Satu perkara mudah yang anda perlu fikirkan: tujuan utama firewall dipasang di sesebuah institusi, organisasi, tidak lain dan tidak bukan untuk menyekat. Itu tujuan ianya dibeli, bukan murah punya perkakasan tu, ada yang mencecah puluhan ribu ringgit.

Jika anda tidak menghormati perkakasan itu sekalipun, hormatilah orang yang bertanggungjawab membuat kerja berkenaan. Cuba bayangkan andaikata anda sendiri diberi tanggungjawab menjaga keselamatan sistem, dan ada dikalangan ahli komuniti anda berusaha memecah sistem itu, dan anda tahu siapa orang itu.

Apa perasaan anda? marah? kecewa? atau takda rasa apa apa pun?
------------------------------------------------------------------------------------------
ayat yang aq curik dri admin kt slah 1 forum yg aq slalu kunjungi..
nk kate terasa..ade la ckit..
sebab aq x penah buat..leyh la aq cakap macam tuh..
ish3 !!
............................................................................................................
senarai proxy yang boleh membantu korang
sekiranye tempat keje korang memblock website sperti FB
Browse007 

23 April 2011

2 Jgn tekan "Become a Fan" kt FB !!

Nk bagitaw sgt2 nie..
terdapat bahaya jika anda tekan button "Become A Fan"
ni ade 1 contoh yg aq nk tunjuk kt korang..


Become a fan = Jadi sebuah KIPAS??

ha??amacam??
So, kesimpulannye..jgn tekan button to ea..
kang x psl2 jd cm dlm gmbr tu..hahahaha

papepon..arini aq sgt2 lapa...
huhuhuhu...nk g beli nasi..kdai tutup plak..
adeh..mkn roti je la jwbnye..aq g beli kt kdai 7e depan tu..
haish !! STUDY LA !!
lusa dh exam neyh !!!
>.<
knape malas sgt neyh..ish3 !!!

19 April 2011

2 Pomen moto aq..haha

Nk kenal x dgn pomen moto aq??
hah !! ni lah pomen yg aq pling suke sgt2 !!
memang laju beb moto aq dye buat..
stakat 100 kmh..sejam bru dapat..hahaha
tgk la ape dye dh wt kt moto aq ni ha..
fuh...semart x??
tu yg laju sgt..smpai nk g 100kmh pon sejam...
ni pomen aq..
Nama : Fong Sai Yook
Kelulusan : Degree Kuasa Kelajuan Tenuk
 Kalu nk jumpe...gtaw aq..t aq bwk korang g jumpe pomen aq nie...
hehehe...
papepon..minggu depan aq exam..
so, xde la dok mengusik moto ea..study week minggu nie..
kene la bnyk study..x leyh nk on9 je hari2..
sdikit ucapan utk kwn2 ku yg bakal final exam.. :)
Photobucket

17 April 2011

0 Panduan utk korang beli laptop..

Hah !! arini aq nk bg korang ckit panduan utk beli laptop..ni style aq la..kalu korang ade cara@style korang yg tersendiri..terpulanglah..nk ikot @ x...hehehe

1. Penggunaan – Motif atau tujuan utama laptop tersebut dibeli. Jika untuk bermain games perlukan laptop yang lebih canggih. Jika hanya untuk menaip dan melayari internet, cukup sekadar yang sederhana.

2. Budget – Berapa budget, anggaran atau lebih senang duit yang anda ada. Lebih digalakkan membeli secara tunai berbanding menggunakan kaedah hutang. Lebih menjimatkan. Tetapi tidak salah membeli menggunakan kaedah hutang, ansuran seperti kad kredit, cuma tidak disyorkan.

3. Warranty – Jaminan sesuatu laptop kebiasaannya adalah satu tahun. Tetapi kita tidak mahu menggunakan laptop dalam tempoh satu tahun sahaja. Mahukan lebih daripada itu. Pastikan warranty lebih lama supaya kita lebih bersedia dengan kemungkinan buruk.

4. Buat pemerhatian – Kunjungi mana-mana kedai yang menjual laptop. Tanya dan buat perbandingan antara satu produk atau jenama dengan yang lain. Tidak terburu-buru membeli dengan tawaran kerana ianya melibatkan duit yang beribu-ribu. Pastikan jangan tertipu.

5. Tanya pemilik – Ini salah satu cara paling berkesan sebelum membuat sebarang tindakan. Pemilik laptop, biasanya rakan-rakan sendiri lebih mudah memberikan nasihat, pro dan kontra sesebuah laptop yang ingin dibeli.

6. Model - Jenama juga memainkan peranan penting. Kadangkala jenama memberikan keyakinan kepada kita untuk membeli.

7. Bantuan – Servis bantuan selepas jualan juga penting. Ke mana kita akan rujuk jika ada masalah? Siapa kita perlukan? Bagaimana dengan servisnya? Adakah meluas? Itu semua penting.

amcam ?oke x??kalu korang ade pape yg nk ditambah@diperbaiki lg dgn style aq..juz komen k !

7 Mari kiter berkongsi peribahasa....

Peribahasa : Seperti anjing jantan dgn anjing betina.
Maknanya : Dua orang yg pantang bertemu…asek nak beromen aje.

Peribahasa : Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ketaik jugak dia hinggap.
Maknanya : Orang kalau dah perokok tu…kalau dia berenti….akhirnya dia gerenti start balik punyer.

Peribahasa :Sepandai-pandai tupai melompat, tak pernah masok ke sukan Olimpik jua.
Maknanya : Jangan macam bagus….pasal yg macam bagus tu selalunya tak bagus.

Peribahasa : Biar putih tulang jgn putih muker.
Maknanya : Kalau surat beranak dah letak orang Melayu jgn eksen nak jadi Mat Salleh plak… be proud of what you are.

Peribahasa : Kalau tidak ader angin masakan satu LRT boleh bau busuk?
Maknanya : Ada orang kentotlah tu…

Peribahasa : Seperti kacang luperkan mamak kacang putih.
Maknanya : Orang yg tak sedar diri….tak kenang jasa baik orang yg muler-muler memfofularkan dia.

Peribahasa : Ader udang di sebalik udang lain
Maknanya : Jgn sangka yg duduk sorang kat tempat sunyi tu sorang….check betul-betul, mesti ader sorang lagi kat bawah ke….kat tengah ke…tengah baring ke.

Peribahasa : Biar mati anak jgn mati pucuk
Maknanya : Kalau dah mati pucuk camner nak dapat anak……btol tak?

Peribahasa : Sudah jatuh ditimpa piano
Maknanya : Nasib malang yg tak agak-agak.

Peribahasa : Hidung tak mancung, gigi pulak yang mancung.
Maknanya : maknernyer . . .


maknernyer…………….

maknernya……………..

Dahhhh...
Jangan nak tersengeh-sengeh kat depan PC……

Pergi lah buat kerja!!!!!

Psst : Minta Maaf yer kalau ada bahasa yang kurang sedap dibaca... hehehehe

04 April 2011

6 Arini aq labtest !!

Perh ! arinie aq bangun awl pagi hanya kerana nk jawab labtest..
arini agak pecah rekod jgk la..psl aq kejut umarul dri tdo..
slalunye umarul n faiz yg kejut aq dri tdo..kih3 
mesti diowng panas je ngn aq..tiap2 ari nk kene kjut aq bgun dri tdo..hahahaha
Thanks ek !!! hehe

Aq tambah lg semangat aq arinie dgn pkai baju kemeje...
perh...kalu mak tgk anak mak sowng nie..
kompom gugur jantung..betapa "hensem" anak mak arinie..
rambut sikap tepi taw..hahaha
malu larh...nk tunjuk kononnye aq g labtest la nie..x ponteng..hahaha
Hebat x komputer lab ktorang???hehehe
ni lab imac..aq msuk pagi td lab multimedia..
sje je aq poyo ckit msuk gmbr nie..lalala

2 Dslr simulator ! aq bru nk blaja gune..hehe

ha...aq nk bg 1 mende kt korang..kalu korang nk la..
disebabkan aq xde dslr..ni je yg aq mampu pakai...
hehehehehehe

kononnye nk beli dslr canon eos 1100D..
tp penyudahnye pakai simulator dslr je la... :(

syok jgk pakai mende nie..
kalu terslah setting..t gambar gelap..gambar kabur..
perh..syok aq dok menekan-nekan nye..hahaha
korang pon leyh la try..
ni link download..

sye suda mencubanye,anda bile lg??
hehehehe
Slamat malam !

08 March 2011

4 Password default orang skunk.....hehe


Bersantai di petang yang nyaman nie...aq suke dok ber"google"ing..ade 1 website nie aq jumpe..password yg kerap orang skunk gune..
Mengikut kajian, terdapat 10 password yang sering digunakan masyarakat di dunia ini. 
Jom kita terjah password paling popular di dunia :-


1. Tarikh lahir

2. Tarikh kejadian / pernikahan

3. Nama depan (banyak digunakan di Amerika Selatan)

4. 123456789

5. 111111

6. ILoveYou

7. Nama gabungan diri sendiri dan pasangan

8. Kata "password"

9. Nombor Telefon rumah / handphone

10. a1b2c3d3....

11. qwerty12345 (yg ni kwn2 aq pkai)

hahaha..amacam?? ade yg kene ngn password korang x? 
kalu ade..ubah2 la ea..
pkai la yg unik ckit....hehehehe

07 March 2011

6 Mari berteka teki..........

aq x leyh tdo plak malam2 buta ni ha...
sje je mengarut ckit..jom2..
spe rse dye hebat..marilah berteka teki dgn sye....hehehe



1. Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk
2. Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai?
3. Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais?
4. Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki?
5. Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik?
6. Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar “bulb” mentol?
7. Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?
8. Kangkang peluk, kangkang peluk, bila dah dekat climax pegang buah
9. Ahmad bin Abu, kambing bin apa?
10. Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?


hahahaha..ape lg..pike2 kn lah jawapanye ea...
nk taw ape jawapanye??
x kn dh mengalah kot...kah3..
kalu dh x dpt sgt..leyh tekan button kt bwh nie..
...
.......


09 February 2011

5 Trik goolge yg kelakar..

Trik kelakar google
Korang leyh la try..syiok oooooo....
Ni link Google.com

1. Google Sphere
Buka website google > taipkan Google Sphere > Tekan I'm feeling lucky.
Website google jadi macam mana?

2. Cari Chak Noris
Jom cari Chak Noris jumpa tak kat google. Buka website google > taipkan find Chak Noris > Tekan I'm feeling lucky. Jumpa tak? Dia tulis apa semua sekali?:-p

3. Google Terbalik
Buka website google > taipkan elgoog iaitu perkataan terbalik google > Tekan I'm feeling lucky. Jadi macam mana?

4. Google Loco
Buka website google > taipkan google loco > Tekan I'm feeling lucky
Website google buat apa?

5. Google Epic
Buka website google > taipkan google epic > Tekan I'm feeling lucky. Apa yang jadi?

6. Google Gravity
Buka website google > taipkan google gravity > Tekan I'm feeling lucky. Apa dah jadi???

05 February 2011

4 Mak ! Saya sihat !!

MAIDSTONE - Seorang ibu yang bimbang mengenai kesihatan bayi yang dikandungnya mendapati anaknya itu membuat isyarat bagus semasa perutnya diimbas di sebuah hospital di Kent, Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Ibu bayi itu, Donna Sayer, 29, dan seorang jururawat tergelak selepas mereka melihat bayi itu memberikan isyarat bagus semasa diimbas.

Menurut Donna yang merupakan seorang pengurus makanan dan minuman di Kelab Kriket Kent, bayi itu seolah-olah mahu memberitahu bahawa dirinya berada dalam keadaan baik.

Wanita itu berkata, pemeriksaan itu dibuat selepas jururawat berkenaan menyatakan bayi dalam kandungannya normal.

Namun, bagi mendapatkan kepastian mengenai bentuk bayi itu, satu pemeriksaan imbasan dibuat.

Donna dari Whitstable yang dijangka melahirkan anak dalam bulan Mei ini berkata, semua pihak berasa hairan apabila melihat gambar tersebut. - Agensi
psssttt......siyes aq cukup tekejot nengok gambor tuh...abeh terkeluar loghat perak ha...hehehe
credit to kosmo

22 January 2011

0 Laman Social Network Malaysia !!

 Ha ! ade 1 benda baru !
jgn tekejut !!
Malaysia pon ade laman sosial tersendiri taw...Aq pon dh usya..leyh than jgk..bez klu ade rmai kwn..sme je cm facebook..cume mungkin design dye agak kurang ckit..tp kita leyh bg support supaya design nye akan jd lebiyh meriah dimasa yang akan datang... So, anda2 sume jgn lupe..support la laman sosial nie ea..mari kiter memeriahkan lg 1 Malaysia !

Ni link dye homepage dye............. >>1 Malaysia <<
Dan ade ckit screen shot untuk korang melihat serba sedikit homepage nie..

klik pada gambar klu x nmpk....hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...