19 May 2012

3 Perbezaan MEKANIK & DOKTOR BEDAH

Assalamualaikum..
korang tau apa beza Mekanik & Doktor Bedah??

Jawapan standard :
mekanik keje kt bengkel..doktor keje kt hospital..
mekanik bekerja kotor penuh minyak...doktor keje kotor penuh darah..
mekanik x yah belajar smpai degree..doktor kene smpai luar negeri~ 

hahaha..jawapan2 standard yang bermain di fikiran kita termasuk jgk aq..
tapi ada 1 jawapan yang aq terkedu bila membacanya..
aq jumpe ni kat dalam forum GEMPAK.ORG
ni link dye : Forum

jawapannya diceritakan dalam bentuk situasi~

<---------------------------------------------------------->
Pada suatu hari, seorang doktor pakar bedah jantung yang terkenal membawa keretanya ke bengkel kereta untuk dibaiki.

Mekanik membuka injin kereta, mengeluarkan beberapa alat yang perlu diganti dan memperbaiki apa yang perlu dibaiki.

Sambil menjalankan kerjanya, mekanik mencondongkan badannya ke arah doktor yang sedang memerhatikannya seraya berkata, “tuan doktor, boleh saya tanya satu soalan?”

Dengan perasaan agak ragu-ragu, doktor menjawab, “silakan, tanyalah!”

Mekanik berkata, “tuan melakukan pembedahan ke atas jantung manusia, manakala saya melakukan pembedahan ke atas jantung kereta, memperbaiki dan membetulkan yang rosak, samalah dengan apa yang tuan lakukan. Tapi kenapa tuan dapat upah yg banyak sedangkan saya dapat upah jauh lebih sedikit daripada upah yang tuan dapat?”

Pakar bedah menghampiri mekanik lalu dengan tenang membisikkan ke telinganya, “kalau kamu benar-benar hebat, cuba baiki kereta itu tanpa mematikan injinnya!”
<---------------------------------------------------------->

apa yang korang dapat dari situasi di atas? :)
haha..
Selamat Malam !

16 May 2012

1 Meja study??

Selamat pagi buta...
untuk korang2 yang masih belum tidor lg..
hahaha =D
malam ni aq syok dok tgk kawan aq dok berlawan meja study kt dalam FB..
dah habis belajar baru masing2 nak tunjuk meja study masing2 ea..
time belajar dulu, x nak plak korang tunjuk..kih3

sebenarnya aq yang mulakan dulu tunjuk meja study tu..
lepas tu, kawan aq pun nk join..
tunjuk lah meja study masing2..hehehe :)

ni antara meja study kawan2 aq tu..

yang ni nak tunjuk mouse wireless..

yang ni nak tunjuk smbil belajar boleh main game..

yang ni nak tunjuk die boleh berkaroke smbil main fb..

yang ni plak aq punyer meja study..
low profile..ade perfume je kt atas meja..hehehe :D


haha..
cukup lah untuk tatapan mata di pagi bute neh..
gambar x secantik mane..sebab snap pakai camera tepon je neh..
dah2..jum tdo..
selamat pagi buta! :)

10 May 2012

1 Semoga Berjaya !! :)

Assalamualaikum..
tamat sudah pengajian ku sebagai mahasiswa..
sekarang dah jadi graduan..

semoga korang semua akan terus berjaya dalam mengejar cita2..
jika dipanjangkan usia, harap kita semua akan berjumpa lagi di masa depan..
ceria dan gembira selalu !


.: DIT 09/10 :.
Semoga berjaya semua !

09 May 2012

7 Tamat Belajar Sudah.. :)


Assalamualaikum..
Syukur ke hadrat illahi kerana esok saya dan kawan-kawan kelas akan bergelar graduan diploma..

Jutaan terima kasih buat semua pensyarah di Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (UTeM) kerana jasa dan bimbingan yang dicurahkan selama 3 tahun saya  menuntut ilmu di sini. Jasa dan ilmu yang dicurahkan, InsyaAllah akan saya manfaatkan dalam kehidupan dan dunia pekerjaan yang bakal saya masuki kelak...

Buat rakan-rakan seperjuangan di UTeM, ribuan terima kasih kerana sentiasa berada di sisi bersama-sama mengharungi waktu susah mahupun ketika waktu senang..Bantuan dan sokongan korang semua akan diingati sampai bila-bila..Jangan lupa jemput kalau kahwin yer.. hehe...tag je kat FB atau hantar kad jemputan ke rumah.. (^_^)

Tidak dilupakan buat ahli keluarga yang sentiasa menyokong baik dari segi kewangan mahupun kata semangat, jasa dan pengorbanan yang tak terbayar walau beribu tahun saya bekerja.. 

Terasa sayu di hati..
Semoga semua berjaya di luar sana..
Saya minta maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki..jika ada salah silap, terkasar bahasa, tersinggung hati..
Jaga diri elok-elok..


Pantun untuk korang semua.. :)
------------------------------------------------------------------
Bertemu dan berpisah adat duniawi,
Ukhwah fillah sampai mati,
Kenangan bersama jangan dilupai,
Jika rindu berdoalah pada illahi,
Semoga kita dapat dipertemukan lagi,
Baik didunia mahupun diakhirat nanti... amin...
------------------------------------------------------------------

**nukilan dengan bantuan en.Google

08 May 2012

2 twitter..tweet...tweettt~

Jam 12.00 tengah malam..
aq dok mengarut mengadap laptop..
malam ni...xde tips pape pun..
 saje nak kepoh kt korang yang aq ade TWITTER !!!
hahahaha =D


ape tunggu lagi??
follow-follow..hehehe

aq baru je belajar menggunakan twitter ni..
kalau salah, bagitahu ea..
kita belajar daripada kesilapan.. :)
peace ! Assalamualaikum..

06 May 2012

0 Burung Marah Angkasa !

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Buta !!!!
hahaha
lewat aq tidur harini..
gara-gara study titas..
paper final la katekan..

study-study jgk..
ade 1 game aq nak share dengan korang neh..
Angry Bird Space V1.0
version baru untuk game angry bird..

nak tengok screenashot??
meh2....


Ni link untuk download..
PC : Mediafire
Android : Google Play

05 May 2012

0 Rename apps android...

Assalamualaikum..
korang2..harini aku ade sikit tips untuk sesiapa yang pakai fon android..
untuk yg mahir je kot..
yg kurang mahir tu..kene la mahirkn diri..
walaubagaimanapun..tips ni xde la susah sgt.. ;)

Tips ni adalah untuk korang tukar nama apps android..
sebagai contoh >> nama apps tu adalah
Camera ZOOM FX
.
..
...
tukar kepada
Camera ZOOM Power

mcm mane nak buat??
meh2..nk tunjuk la ni.. :D 

Software yang perlu ade ialah.....
1. APK edit (Download Sini)
2. File apps android tu( Cth: cameraFX.apk)

Skrang..tiba masa tutorial plak...
Step pertama.....
1. Extract APK Edit v0.4e.rar
2. Pilih Apk Edit.exe dan klik kanan tekan "run as administrator"

 
4. Sesudah tu, akan keluar popup window
5. Browse ke file apps korang (cth : cameraFX.apk)

6. Selepas itu, klik "OPEN"
7. Popup window APK Edit akan keluar
 8. Sampai kt sini..korang bleh la ubah..nama apps dan juga icon apps tersebut
9. Selesai mengubah, klik OK
10. Install file apps tu ke dalam fon android korang dan lihat hasilnye.. =)

Ni contoh yang aq buat...
>> Sebelum <<

>> Selepas <<

Lihat pada icon Camera ZOOM ade perubahan nama.. :)
ade masalah??
cer komen..cer komen..
hahaha =D

2 Selamat Malam..

Assalamualaikum..
setelah sekian lama blog ni dibiarkan berhabuk..
malam ni ingat saje nk bagi pantun sikit sebelum melelapkan mata..
sape2 yang rajin nk balas..balas kt komen ea..hahaha
---------------------------------------------------------------------------
    Malam Tiba Gemersik Hati,
    Nikmat Rehat Penuh Berhikmah,
    Fikiran Melayang Menanti Mimpi,
    Cukupkan Tidur Berserilah Wajah.
---------------------------------------------------------
    Mata Berkelip Berkali-kali,
    Mulut Menguap Mata pun Merah,
    Otak dah kata, "Sila BERHENTI!"
    Apa Tunggu Lagi, "TIDURLAH.. :D"
--------------------------------------------------------------------------

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...