09 May 2012

7 Tamat Belajar Sudah.. :)


Assalamualaikum..
Syukur ke hadrat illahi kerana esok saya dan kawan-kawan kelas akan bergelar graduan diploma..

Jutaan terima kasih buat semua pensyarah di Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (UTeM) kerana jasa dan bimbingan yang dicurahkan selama 3 tahun saya  menuntut ilmu di sini. Jasa dan ilmu yang dicurahkan, InsyaAllah akan saya manfaatkan dalam kehidupan dan dunia pekerjaan yang bakal saya masuki kelak...

Buat rakan-rakan seperjuangan di UTeM, ribuan terima kasih kerana sentiasa berada di sisi bersama-sama mengharungi waktu susah mahupun ketika waktu senang..Bantuan dan sokongan korang semua akan diingati sampai bila-bila..Jangan lupa jemput kalau kahwin yer.. hehe...tag je kat FB atau hantar kad jemputan ke rumah.. (^_^)

Tidak dilupakan buat ahli keluarga yang sentiasa menyokong baik dari segi kewangan mahupun kata semangat, jasa dan pengorbanan yang tak terbayar walau beribu tahun saya bekerja.. 

Terasa sayu di hati..
Semoga semua berjaya di luar sana..
Saya minta maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki..jika ada salah silap, terkasar bahasa, tersinggung hati..
Jaga diri elok-elok..


Pantun untuk korang semua.. :)
------------------------------------------------------------------
Bertemu dan berpisah adat duniawi,
Ukhwah fillah sampai mati,
Kenangan bersama jangan dilupai,
Jika rindu berdoalah pada illahi,
Semoga kita dapat dipertemukan lagi,
Baik didunia mahupun diakhirat nanti... amin...
------------------------------------------------------------------

**nukilan dengan bantuan en.Google

7 comments:

~azfaidzullah~ said...

gambar aku takde, meh.

Anonymous said...

kazuko = aku nk ucp teme kasih... nh pantun balasan..
Korek perigi di parit seberang
Tepi parit tumbuh mengkudu
Berselang dengan pohon puding
Hidup subur kanan dan kiri
Tuan pergi dagang seorang
Tiada saudara tempat mengadu
Tiada saudara tempat berunding
Pandai-pandai membawa diri

Mr.Freeze a.k.a Izmal said...

hahaha.. XD

Ejol said...

aku xde pon..haha..

Mr.Freeze a.k.a Izmal said...

hehe..t aq lukis gmbr ko.. XD

Najah Unni said...

Wah.... da hbs blaja da dek mal kiter.... huhuhu.... pas ni jgn lupa sambung degree kat UTeM ek... heheheeh..... bile nak naik pentas ambil scroll???? nanti akak n kak matun leh bg bunga kat dek mal... heheheh

Mr.Freeze a.k.a Izmal said...

haha..bulan 10 t amik scroll kak.. :)
bleh aje kak najah..jgn lupe roti ! ^_^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...