19 May 2012

3 Perbezaan MEKANIK & DOKTOR BEDAH

Assalamualaikum..
korang tau apa beza Mekanik & Doktor Bedah??

Jawapan standard :
mekanik keje kt bengkel..doktor keje kt hospital..
mekanik bekerja kotor penuh minyak...doktor keje kotor penuh darah..
mekanik x yah belajar smpai degree..doktor kene smpai luar negeri~ 

hahaha..jawapan2 standard yang bermain di fikiran kita termasuk jgk aq..
tapi ada 1 jawapan yang aq terkedu bila membacanya..
aq jumpe ni kat dalam forum GEMPAK.ORG
ni link dye : Forum

jawapannya diceritakan dalam bentuk situasi~

<---------------------------------------------------------->
Pada suatu hari, seorang doktor pakar bedah jantung yang terkenal membawa keretanya ke bengkel kereta untuk dibaiki.

Mekanik membuka injin kereta, mengeluarkan beberapa alat yang perlu diganti dan memperbaiki apa yang perlu dibaiki.

Sambil menjalankan kerjanya, mekanik mencondongkan badannya ke arah doktor yang sedang memerhatikannya seraya berkata, “tuan doktor, boleh saya tanya satu soalan?”

Dengan perasaan agak ragu-ragu, doktor menjawab, “silakan, tanyalah!”

Mekanik berkata, “tuan melakukan pembedahan ke atas jantung manusia, manakala saya melakukan pembedahan ke atas jantung kereta, memperbaiki dan membetulkan yang rosak, samalah dengan apa yang tuan lakukan. Tapi kenapa tuan dapat upah yg banyak sedangkan saya dapat upah jauh lebih sedikit daripada upah yang tuan dapat?”

Pakar bedah menghampiri mekanik lalu dengan tenang membisikkan ke telinganya, “kalau kamu benar-benar hebat, cuba baiki kereta itu tanpa mematikan injinnya!”
<---------------------------------------------------------->

apa yang korang dapat dari situasi di atas? :)
haha..
Selamat Malam !

3 comments:

sopi said...

so maksudnya klau dia boleh repair keta xmatikan enjin,dia dh boleh jd doktor ke?hehe

Mr.Freeze a.k.a Izmal said...

haha..maknenye..dye sehebat doktor tu la kot.. ;)

ractor said...

Doktor x lah handal sgt..sbb sblm bedah.pesakit kena sign satu surat..klu mati ke apa.doktor x bleh dipersalahkan..penah tgk doktor g bedah pesakit sorang2?brapa ramai yg tolong dia..jaminan tuk hidup 50 50...tp klu mekanik.repair sorang2 pun relax jek..xde istilah 50 hidup 50 mati..yg ada pun ckp ko try dulu.klu x ok.dtg blk..tu klu adjust2 jek..klu tukar part..nak sedap thn lama mcm asal.kena barang ori.klu nak pakai2 ikut budget.yg no 2 ori da ok..lg 1 doktor cr penyelesaian dlm bilik sorang atau dgn beberapa lg doc.g jumpa pesakit tanya sakit apa?ok scan n xray.tersandai lg 2 3 ari.pesakit dan sumpah seranah.cucuk test darah hari2..kira x handallah.tp mekanik.pesakit sampai.terus daftar.terus check.tanya apa masalah..ok trus tingggg..da tau da apa nk buat..paling lmbt untuk mekanik 2 hari..pemilik pesan buat baik2..klu x ak x byr.x sign...pesakit bleh pesan mcm tu?t doktor ckp..sabar kita akan cuba..ok awak sign dulu sini..puasa 1 hari.kena stabil dulu bleh bedah..klu mekanik.kete trus distabilkan..x yah tggu enjin sejuk pun x pe..betul kat umah.bwh pokok.dlm gelap lampu kecik..ngah bukak leh tggl g mkn.g amik part..br sambung blk..5 jam tggl pun x pe..so sape lg hebat doktor??

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...