Assalamualaikum..
Syukur ke hadrat illahi kerana esok saya dan kawan-kawan kelas akan bergelar graduan diploma..
Jutaan terima kasih buat semua pensyarah di Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (UTeM) kerana jasa dan bimbingan yang dicurahkan selama 3 tahun saya menuntut ilmu di sini. Jasa dan ilmu yang dicurahkan, InsyaAllah akan saya manfaatkan dalam kehidupan dan dunia pekerjaan yang bakal saya masuki kelak...
Buat rakan-rakan seperjuangan di UTeM, ribuan terima kasih kerana sentiasa berada di sisi bersama-sama mengharungi waktu susah mahupun ketika waktu senang..Bantuan dan sokongan korang semua akan diingati sampai bila-bila..Jangan lupa jemput kalau kahwin yer.. hehe...tag je kat FB atau hantar kad jemputan ke rumah.. (^_^)
Tidak dilupakan buat ahli keluarga yang sentiasa menyokong baik dari
segi kewangan mahupun kata semangat, jasa dan pengorbanan yang tak terbayar walau beribu tahun saya bekerja..
Terasa sayu di hati..
Semoga semua berjaya di luar sana..
Saya minta maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki..jika ada salah silap, terkasar bahasa, tersinggung hati..
Jaga diri elok-elok..
Pantun untuk korang semua.. :)
------------------------------------------------------------------
Bertemu dan berpisah adat duniawi,
Ukhwah fillah sampai mati,
Kenangan bersama jangan dilupai,
Jika rindu berdoalah pada illahi,
Semoga kita dapat dipertemukan lagi,
Baik didunia mahupun diakhirat nanti... amin...
------------------------------------------------------------------
**nukilan dengan bantuan en.Google