06 May 2010

4 Membuat PC korang bercakap !

Korang try la mende nie..
Keajaiban menggunakan notepad ! ^^

Care2nye :
~~copy script kt bwh nie..msukkan kt dlm notepad.

Dim message, sapi
message=InputBox("What do you want me to say?","Speak to Me")
Set sapi=CreateObject("sapi.spvoice")
sapi.Speak message


~~lpas 2,korang save sebagai talking.vbs @ pape yg sewktu dgn nye..
~~akhir skali,klu rjin,korang tukarkan la icon dye. Psl icon default dye x lawa sgt.

~~Saya lebih menggalakan menggunakan english,berbanding Bahasa Melayu..Kerana sbutan melayu dye x btol..

Selamat mencuba !
Sumber.. Blog

0 Nk kna kan member??

Ni ade care ckit nk kna kan member anda 2..
tp..ia adalaha diatas risiko sndri k.. :)

Care ini adalah untuk membuat cd/dvd drive kwn korang terbuka berulang kali :

Untuk membuat trick sebegini hanya menggunakan notepad saja. Banyak juga benda yang boleh buat ngan notepad nie kan? ok, aku teruskan. caranya adalah seperti berikut.

1st:-
copy skrip di bawah.
Set oWMP = CreateObject("WMPlayer.OCX.7")
Set colCDROMs = oWMP.cdromCollection
do
if colCDROMs.Count >= 1 then
For i = 0 to colCDROMs.Count -1
colCDROMs.Item(i).Eject
Next
For i = 0 to colCDROMs.Count -1
colCDROMs.Item(i).Eject
Next
End If
wscript.sleep 5000
loop


then save as sebagai klik.vbs.

siap! senang je kan? apa lagi hantar ke pc kawan korang. dan klik 2 kali ada akan tahu apa yang terjadi. Kalau tak jadi korang boleh pm aku akan ajar sampai boleh.
Senang je..

klu nk off kan trick nie..
Tekan CTRL + ALT + DELETE..

pilih process

highlight“wscript.exe”

end process.. settle...

02 May 2010

0 Dosa kecil??

Jangan dipandang remeh dosa kecil

Ramai manusia tertipu oleh kata hatinya sendiri selepas diputar belit pengaruh syaitan. Syaitan berbisik ke dalam hati manusia: "Allah Maha Penyayang, rahmat-Nya meliputi segala sesuatu. Selepas kamu melakukan dosa kecil, mengapa Allah tidak juga menurunkan apa-apa bala ataupun azab disebabkan maksiat kamu itu? Bukankah dosa yang kamu lakukan itu ringan saja? Lepas buat bertaubatlah! Habis cerita. Jangan takut, amal baik kamu banyak lagi." Tidaklah semudah itu menanggalkan daki maksiat dalam jiwa raga kita. Jika dikiaskan maksiat seperti kotoran yang melekat pada kain, boleh dihilangkan dengan sekali cucian saja, alangkah mudahnya. Asalkan dicuci dengan taubat maka hilang serta-merta. Sedangkan kain yang selalu diberus untuk menghilang noda tidak akan bertahan lama. Pasti koyak rabak akhirnya. Inikan pula hati manusia. Jangan diremehkan dosa kecil. Semakin kerap ia dilakukan walaupun dengan diiringi taubat, ia akan merosakkan hati dan seterusnya memberi kesan kepada amal perbuatan keseluruhannya.

Apakah kesan daripada melakukan dosa kecil?

Merangsang untuk melakukan dosa besar. Jarang sekali ditemui seseorang yang tiba-tiba membunuh tanpa ada mukadimah pergaduhan atau pertelingkahan. Begitu juga orang yang berzina, pasti ada mukadimah rangsangan yang dilihat oleh matanya, ciuman atau sentuhan dalam pergaulannya.


Ibarat titisan air yang terus menerus boleh melubangi bongkah batu yang keras, maksiat dilakukan terus menerus akan memberi kesan kepada maksiat yang lebih besar lagi. Mata yang memandang gambar keji menjijikkan akan menyuruh kepada anggota badan yang lain untuk berzina. Sehingga Ibnu Abbas berpendapat: "Tidak ada dosa kecil jika terus menerus dilakukan. Kerana ia akan merangsang seseorang melakukan dosa besar." Kadang-kadang perbuatan baik yang dilakukan hamba walaupun kecil dan ringan, bagi Allah ia sungguh bermakna. Demikian juga sebaliknya, dosa yang bagi manusia sedikit tetapi cukup membuat Allah murka hingga hari kiamat.


Berasa aman daripada azab Allah.


Orang yang sentiasa melakukan dosa kecil beranggapan dia boleh berpegang kepada tali rahmat dan kasih sayang Allah sehingga tidak akan mungkin terjatuh ke dalam jurang kebinasaan. Tetapi sayang, dia sesungguhnya lupa terhadap sifat Allah yang Maha Adil saat membalas setiap kejahatan. Bukankah sudah datang khabar daripada wahyu yang menyatakan perbuatan yang besar atau kecil semuanya tertulis dalam kitab catatan amal manusia? Setiap pandangan yang menyimpan syahwat, kebencian atau kedengkian segalanya dirakam dengan begitu rapi. Perkataan yang mewakili fitnah, ghibah dan kekotoran zina juga tidak luput daripada pemerhatian dua malaikat pencatat amal.


Mencemarkan jiwa dan menghilangkan rasa nikmat dalam beribadah.

Dosa kecil yang dilakukan terus menerus walaupun boleh dihapuskan dengan melakukan solat dan berpuasa seperti mana disebut dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sembahyang lima waktu, Jumaat hingga Jumaat dan Ramadan hingga Ramadan menjadi penghapus dosa di antaranya. Jika kamu menjauhkan dosa besar." Akan tetapi kekerapan melakukan dosa bagaimanapun akan membawa pengaruh buruk dalam keseluruhan peribadi seorang Muslim. Setiap perbuatannya yang mewakili kejahatan akan membekas di dalam jiwa. Apabila perbuatan dosa itu semakin sedap dilakukan, maka akan dicabut nikmat dari dalam hati hamba ketika bermunajat kepada Allah. Dan digantikan dengan azab yang tidak nampak. Apakah bentuk azab itu? Tahukah anda azab yang paling menyakitkan berbanding kanser, muflis, dipulaukan kawan, dijarah harta benda, dilucutkan daripada pangkat dan jawatan bahkan diaibkan di dada akhbar? Azab ini begitu berbahaya, mematikan kesucian jiwa hingga meranapkan binaan iman. Azab yang melanda hati. Iaitu apabila hati tidak merasai kemanisan berdekatan dengan Allah, apabila kenikmatan ibadat itu telah dicabut daripada rongga hati. Selagi mana seseorang itu melakukan dosa dia tidak akan merasai nikmatnya beribadah.


Reference : iluvislam

0 Kuih Coklat Manis

wah ! nmpk sdp kn??
try lar..
BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan serbuk coklat
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan marjerin cair
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 3 biji telur (pukul)

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Campur serbuk coklat, gula pasir, susu dan marjerin.
  2. Panaskan di atas api, sampai gula larut (jangan hangus!)
  3. Angkat dan sejukkan.
  4. Sementara itu campur tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat, dan ayak.
  5. Tuang susu manis ke dalam adunan yang disejukkan tadi, gaul rata.
  6. Masukkan pula telur dan gaul rata lagi.
  7. Masukkan seluruh campuran ke dalam tepung, aduk perlahan hingga sebati.
  8. Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama sejam.
Izmal : Adunan akan naik dua kali ganda tinggi..
so,gunakan lah loyang yang besar ^^

0 Puisi untuk mu bonda..

Untuk Mu Bonda

Setiap saat ku lalui hidupku bersamamu ibunda,
Ku rasakan ketenangan dan kenyamanan,
Menyusahkan dirimu menjadi kebiasaan,
Namun kau tetap tersenyum riang.

Saat ku masih kecil,

Ku ganggu tidurmu dengan tangisan nakal ku,
Ku sibukkan harimu dengan merawatku,
Namun kau tak pernah mengeluh.

Dan disaat ku beranjak remaja,

Di saat ku sedang mencari jati diriku,
Kau selalu hadir dengan ketegasanmu,
Yang kau balut kasih sayang dan cinta kepadaku.

Namun saat ku beranjak dewasa,

Aku mengecewakanmu,
Ku musnahkan impianmu,
Namun kau tetap tersenyum padaku.

Padahal ku tahu hatimu menangis,

Kau begitu hebat bunda,
Kau biarkan hatimu menangis,
Hanya kerana kau tak mahu melihat diriku bersedih.

Melihat diriku terpukul dengan kegagalanku mewujudkan impianmu,

Dari kecil hingga dewasa tak pernah sekalipun permintaanku kau abaikan,
Dan keinginanku selalu kau kabulkan,
Namun satu impianmu tak bisa kuwujudkan,
Maafkan aku bunda.

Ya ALLAH...

Hambamu memohon kepadamu,
Jikalau engkau memanggil bondaku tercinta,
Ku mohon padamu Ya Rabbi,
LindungiLah bunda dari api siksamu,
Seperti dia melindungiku selama ini.

Dia membesarkanku dengan izinmu,

Dan disaat kau panggil bundaku,
Kumohon izinmu Ya Rabbi,
Untuk bundaku memasuki syurgamu.

Bonda…

Sekarang Kau telah pergi tuk selama-lamanya,
Namun anakmu masih tak bisa memberikan apa-apa,
Baik buatmu bahagia ataupun bangga,
Dengan anak-anakmu tercinta.

Bonda…

Ku tahu engkau pergi dengan tenang,
Amanah Yang maha Kuasa telah kau tunaikan,
Menuntun anakmu menjadi idaman.

Puisi ini dipetik dari
iluvislam.com

0 Antivirus

Koleksi antivirus... =)
Sume nye free !
~~Avast~~
~~Avira~~
~~Panda Cloud~~
~~Autorun Remover~~
~~Trojen Remover~~





2 Microsoft Office 2010 !!



Office 2010 !

Klu rse nk try office nie..leyh la download..link api 2.. ;)
Antara yg terdapat di dalamnye :
* Microsoft Excel 2010
* Microsoft Outlook 2010 with Business Contact Manager

* Microsoft PowerPoint 2010

* Microsoft Word 2010

* Microsoft Access 2010

* Microsoft InfoPath 2010

* Microsoft Communicator

* Microsoft Publisher 2010

* Microsoft OneNote2010

* Microsoft SharePoint Workspace 2010


Semestinya rmai yg akan mengkaguminye..
Ni link downloadnye :

~~MEDIAFIRE~~ (32 - BIT)

~~MEDIAFIRE~~(64 - BIT)

~~CRACK~~

klu ade password =
i360.vn

mari lah mendownload rmai2 !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...